-->

Menerima tiga pencalonan menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP2010), membuktikan penyanyi muda ini bukanlah tidak mempunyai ‘aura’ dan pengaruh dalam industri muzik tanah air.

Ana dicalonkan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Popular yang pastinya menjadi idaman kebanyakan artis di negara ini.

Selain itu, Ana turut mendapat tempat untuk kategori Artis/Duo Berkumpulan.

Mungkin inilah tuah lagu Kalau Berpacaran hasil duetnya bersama Suhaimi Meor Hassan dan Altimet, yang kini cukup popular dan sering menjadi pilihan utama radio tempatan.

Ana Nurhidayah Mohd Raffali atau popular dengan gelaran Ana Raffali kini mampu tersenyum kerana pencalonan itu pastinya dapat meredakan kontroversi kemenangan besarnya pada Anugerah Juara Lagu (AJL25), baru-baru ini.

Menurut Ana, dia bersyukur dengan pencalonan itu.

Bagaimanapun, gadis ini mengakui, tidak terlalu berharap untuk memenangi semua kategori itu memandangkan dia masih baru dalam industri.

“Ini adalah kenangan yang manis untuk saya kerana baru menang AJL, saya menerima pencalonan yang banyak pula dalam ABP.

“Pada saya, ini adalah satu petanda yang bagus. Dengan pencalonan ini, ia bermakna bukan semua masyarakat tidak dapat menerima atau membenci saya. Saya tidak berharap untuk menang.

Sama jugalah situasinya ketika di AJL lalu. Tercalon sudah bagus untuk saya. Tapi dalam ketiga-tiga kategori itu, saya berharap juga dengan kategori Duo dan Berkumpulan,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani rakaman lagu untuk filem Karipap-Karipap Cinta.

Sementara itu, Raja Azura atau Kak Engku yang baru sahaja kembali solo, turut menerima kejayaan yang sama menerusi tiga pencalonan, iaitu Artis Komedi Wanita Popular, Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

You Might Also Like:

Add your comment Hide comment

Hello, how may we help you? Just send us a message now to get assistance.

Facebook Messenger ×