KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah blok pangsapuri di Taman Bukit Permai dekat Cheras di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa dan ibunya baru pulang dari rumah neneknya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika ibu mangsa yang mendukung adik kanak-kanak malang berusia dua tahun itu berhenti di anak tangga untuk memperbetulkan kedudukan anak yang didukungnya.
Selepas itu, wanita tersebut terkejut mendapati anak kedua daripada tiga beradik yang sebelum itu berjalan di depannya telah tiada.
Wanita itu mendakwa dia juga terdengar bunyi seperti objek terjatuh dari tangga dan sebaik ditinjau dia mendapati anaknya itu telah terjatuh dan berada di tingkat bawah.
Kredit : http://www.kosmo.com.my/
Add your comment Hide comment