-->

KUALA LUMPUR - Pas akan terus komited kepada agenda bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun pelbagai khabar angin muncul selepas pertemuan pemimpinnya dengan UMNO di Istana Terengganu, di sini, pada 24 Disember lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan PR telah mendengar dan berpuas hati dengan penjelasan Pas dalam mesyuarat bulanan Pimpinan PR, semalam.

"Pas akan terus bersama dengan PR dan perkara ini tidak lagi menjadi isu,” katanya selepas mesyuarat itu.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

You Might Also Like:

Add your comment Hide comment

Hello, how may we help you? Just send us a message now to get assistance.

Facebook Messenger ×