-->

Azwan Ali pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu. Terkenal dengan gelaran mulut laser, Azwan Ali merubah penampilannya saat pulang daripada mengerjakan umrah, tahun lalu.

Berikutan itu, Azwan Ali turut membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada semua kenalannya di atas keterlanjuran kata-katanya sebelum ini dan mahu tampil dengan imej bersih.

Azwan juga enggan dikaitkan dengan dunia lamanya. Bergaya dengan beg tangan, memakai gelang, rantai dan sebagainya.

Ini kerana, dia mahu tampil lebih ‘gagah’.

Buktinya, Azwan Ali muncul dengan program terbarunya terbitan RTM, Tiada Lama Tiada Baru... Satu-satunya.

Menerusi program realiti itu, Azwan pantas bergaya seperti lelaki.

Namun ada juga yang kurang senang dengan penampilan terbaru Azwan dan mengatakan ia hanya perubahan sementara sekali gus terikat dengan syarat ditetapkan RTM.

“Saya akui terikat dengan RTM, di mana saya tidak boleh memakai aksesori perempuan dan paling penting perlu kurus.

“Tetapi, perubahan ini bukan kehendak RTM sahaja, sebaliknya itulah saya yang sebenarnya. Saya tidak boleh halang mulut orang untuk terus bercakap mengenai diri,” katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh berubah secara drastik dan sehingga kini, 80 peratus dia sudah berubah.

“Saya akan tetap berubah untuk diri dan peminat saya. Saya bukan Azwan Ali yang lama,” katanya.

Menurutnya, dia tidak peduli dengan tanggapan orang terhadapnya kerana merasakan setiap apa yang berlaku perlu ada perubahan.

“Menerusi tempoh empat bulan saya bersama RTM, saya cuba memperbaiki setiap kelemahan saya. Saya perlu berdepan dengan 15 penuntut program ini. Saya perlu memberi didikan kepada mereka. Jadi dengan cara ini, saya dapat mengubah diri saya untuk ke arah lebih baik,” katanya yang bertindak sebagai pengacara rancangan berkenaan bersama Didie Alias.

Program disiarkan secara langsung setiap Jumaat pada jam 9 malam di RTM1 itu turut menampilkan artis veteran untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam bidang seni.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

You Might Also Like:

Add your comment Hide comment

Hello, how may we help you? Just send us a message now to get assistance.

Facebook Messenger ×