-->

LOS ANGELES: Mahkamah kelmarin mengarahkan doktor peribadi
Michael Jackson untuk dibicarakan atas dakwaan membunuh tanpa niat kerana menyuntik ubat pelali kuat secara berlebihan ke dalam tubuh Raja Pop itu.

Conrad Murray, yang mendakwa dia hanya merawat Jackson untuk masalah insomnia apabila penyanyi itu meninggal dunia pada Jun 2009, juga digantung lesen amalan perubatannya di California. Hakim Mahkamah Tinggi Michael Pastor berkata langkah pergantungan itu dibuat berikutan permintaan oleh Lembaga Perubatan California di atas alasan kepentingan awam.

Murray akan didakwa pada 25 Januari ini, hakim Mahkamah Tinggi di sini memutuskan selepas perbicaraan enam hari yang mendengar bukti bahawa doktor itu cuba menyembunyikan hakikat bahawa dia memberi Jackson ubat pelali kuat propofol secara berlebihan.

Kematian Jackson mengejutkan dunia hiburan dan mencetuskan perdebatan hebat berhubung kesihatan penghibur itu sebelum konsert di London dikenali sebagai jelajah ‘This is It’.

Murray, yang dilahirkan di Grenada dan dibesarkan di Trinidad sebelum berpindah ke Amerika Syarikat mungkin berdepan hukuman penjara empat tahun dan kehilangan lesen perubatannya jika dia disabit kesalahan.

Pendakwa raya berkata Murray, 57, ‘mengabaikan pesakitnya’ selepas memberi propofol di antara jam 10.40 pagi dan 11 pagi untuk membantu Jackson tidur dan kemudian cuba menutupinya selepas kematian penyanyi itu.

Keputusan mahkamah kelmarin memang dijangkakan selepas seorang pakar forensik memberi keterangan kelmarin bahawa kematian Jackson adalah satu pembunuhan, menyatakan penyanyi itu secara umum berada dalam kesihatan baik ketika meninggal dunia pada 25 Jun 2009 di rumah di sini. – AFP/Agensi

Kredit : http://www.bharian.com.my/

You Might Also Like:

Add your comment Hide comment

Hello, how may we help you? Just send us a message now to get assistance.

Facebook Messenger ×