-->

Warga Indonesia temui dilonggokan sampah

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui disumbat dalam kotak di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini, semalam, menjadikannya sembilan kes pembuangan bayi sejak 1 Januari lalu.

Mayat bayi lengkap berpakaian termasuk topi serta sarung tangan dan kaki, ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh seorang suri rumah warga Indonesia yang sedang membuang sampah di hadapan rumahnya.
Supik Satu, 44, berkata beliau terlihat sehelai kain terjuntai dari sebuah kotak di tempat pembuangan sampah itu sebelum menariknya dan mendapati ia topi kanak-kanak.

“Apabila mengintai ke dalam kotak itu, saya tergamam apabila melihat seorang bayi lengkap berpakaian dengan kepalanya dalam keadaan senget dan tidak bernyawa,” katanya yang masih terkejut dengan penemuan itu ketika ditemui di rumahnya.

Supik kemudian memanggil jirannya sebelum menghubungi polis.

Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata dalam tempoh seminggu 2011, tujuh kes pembuangan bayi dicatatkan di seluruh negara dan kelmarin, satu lagi mayat bayi lelaki baru lahir ditemui terapung di laut berhampiran Kampung Sing Kee, Sandakan.

Dalam tempoh 2004 sehingga tahun lalu, sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, yang mengesahkan penemuan mayat bayi, semalam, berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat sebelum dapat mengesahkan sama ada bayi itu mati akibat lemas atau sudah meninggal dunia sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah terbabit.

Berikutan penemuan itu, Zulkarnain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat.

Kredit : http://www.bharian.com.my/

You Might Also Like:

Add your comment Hide comment

Hello, how may we help you? Just send us a message now to get assistance.

Facebook Messenger ×