Mana tidaknya, penyanyi kesayangan mereka tidak diangkat sebagai juara. Lagu ciptaan sepenuhnya Ana Rafali ini menewaskan 13 buah lagu yang bertanding dalam pertandingan berprestij ini.
Pun begitu adat pertandingan seperti rumah siap pahat tetap berbunyi. Kemenangan Ana dianggap kontroversi kerana dikatakan tidak layak bergelar juara.
Ketua juri, M Nasir ketika ditanya mengenai kemenangan ini menegaskan lagu Ana Rafali sememangnya layak bergelar juara.
“Tidak perlu dibangkitkan isu ini. Penilaian dibuat oleh kami barisan juri. Lagu ini ada melodi yang sedap ditambah dengan lirik yang bagus.
“Lagu yang bersifat peribadi kepada penyanyi inilah yang mengangkat lagu ini sebagai juara. Sebagai juri yang memang ada kemahiran dalam bidang muzik sebulat suara dengan keputusan ini.
“Tidak bermakna lagu lain tak sedap dan tak bagus. Tapi untuk lagu Tolong Ingatkan Aku ini, kami melihat secara keseluruhan,” katanya ketika sidang media sejurus AJL melabuhkan tirainya kelmarin.
Tambahnya, AJL mencari kekuatan pada lagu dan lirik bukan hanya kepada populariti sesebuah lagu.
“Mendengar lagu ini kita dapat rasakan sesuatu. Rasa itu penting untuk membuat penilaian, jadi lagu ini ada kekuatan tersendiri,” katanya yang berharap keputusan itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Keputusan malam itu turut diadili oleh komposer Pacai, Andy Flop Poppy, Habsah Hassan, Amy Search, Azmeer dan pemuzik, Acis.
Anugerah Juara Lagu ke 25 telah berlangsung dengan jayanya dari Stadium Putra Bukit Jalil dan dihadiri hampir 8,000 penonton.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
Found an article helpful? Donate via Paypal
Hiburan
Add your comment Hide comment