-->
PUTRAJAYA: Lelaki warga Iran yang dimasukkan ke Hospital Putrajaya (HP), di sini, Rabu lalu selepas menelan 137 kapsul dipercayai syabu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, mangsa gagal diselamatkan akibat pendarahan teruk dalam perut dan meninggal dunia pada jam 9.14 pagi, semalam.

“Berdasarkan dokumen perjalanan yang ditemui, lelaki itu dikenali sebagai Fathollah Mahadi, berusia 52 tahun dan warga negara Iran.

“Ketika ini, kita masih menyiasat bagaimana dia boleh berada di negara ini. Kita belum mendapat maklumat terperinci mengenai lelaki berkenaan dan hanya tahu identiti mangsa melalui dokumen perjalanannya.

“Mayatnya masih berada di bilik mayat Hospital Putrajaya sementara siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki berusia 50-an mengadu sakit perut sebaik tiba ke negara ini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), kira-kira 7 malam dan dibawa ke klinik swasta berhampiran sebelum dirujuk ke HP.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

You Might Also Like:

Add your comment Hide comment

Hello, how may we help you? Just send us a message now to get assistance.

Facebook Messenger ×